BAB 1 - TGV

TGV

kereta api TGV itu bergerak selaju 200km sejam. TGV Membawa maksud 'TRAIN à GRANDE VITESSE' iaitu "kereta api Laju" Yang menjadi kebanggaan rakyat Perancis. Di dalam koc bernombor “Q2" iTu Tidak ramai penumpang. Penumpang - penumpang iTu sibuk membaca. Ada juga yang berbual dan ada yang Tidur. Keadaan TGV yang Tidak bising dan perjalanan yang selesa menyebabkan semua akTiviTi Tadi dapaT dilakukan dengan selesa.

"Huh, kereTa api di Malaysia Tidak seperTi ni. Hendak bercakap langsung Tidak dapaT kerana Terlalu bising dengan bunyi kereTa api iTu sendiri. LihaT koc yang besar dan selesa! Laju pula Tu," bisik MaT SmarT bersendirian. Minah Spek yang duduk di sebelahnya sudah lena. Sang Lahap yang berada di TempaT duduk Tepi di Tingkap di hadapannya TuruT sudah dibuai mimpi indah. RauT muka Sang Lahap yang seolah-olah Tersengih menguaTkan lagi ramalan MaT Smart. Encik Hassan, ayah Mat Smart pula duduk setentang dengan Mat Smart. Encik Hassan sedang membelek-belek surat khabar yang dijumpainya di bawah kerusi tadi.

"Semuanya dalam bahasa mereka. Tak faham ayah," balas Encik Hassan Yang seolah-olah cuba mengajak mat Smart berbual dengannya. Percakapan ayah mengejutkan penumpang yang dUdUk di sebelah kami. Mungkin dia tertarik dengan bahasa yang digunakan oleh ayah sehingga agak lama juga dia merenung kami berempat.

"Bila kita akan sampai ke Paris ayah?" tanya Mat Smart yang melihat jamnya. Mereka bertolak pukul 8 pagi tadi dan sekarang sudah pukul 10 pagi. Ayahnya masih membelek-belek surat khabar itu.

"Ayah!" agak kuat panggilan Mat Smart kali ini. "Pukul berapa kita akan sampai ke Paris ni?" sambungnya. Dia tak peduli kalau penumpang lain berasa terkejut kerana dia bercadang untuk meneroka TGV itu kalau Paris masih jauh lagi. Dia ingin melihat kecanggihan TGV. Mungkin dia boleh membuat perbandingandengan kereta api negaranya secara menyeluruh. Menurut buku yang dia pernah baca TGV melintasi sempadan negara sehingga ke Lausanne, Switzerland.

"Kenapa menjerit ni," tegur Encik Hassan yang nampaknya tidak mahu Mat Smart meninggikan suaranya. Dia takut Minah Spek, Sang Lahap, dan penumpang - penumpang lain terkejut.
"Sudah dua kali, saya tanya ayah tapi ayah buat tak tahu sahaja," balas Mat Smart sambil menunjuk dua jarinya ke arah Encik Hassan.
"Ayah rasa 45 minit lagi sampailah kita ke Paris. Kenapa kau tanya?"
"Kalau ada banyak masa lagi, saya ingat nak periksa TGV ni. Saya nak tengok bagaimana keadaan koc-koc yang lain," terang" Mat Smart.
"Mulalah tu, sifat ingin menyiasat kamu dah menonjol," kata Encik Hassan sambil Tersenyum. Matanya kembali merenung ke arah surat khabar tadi. Mat Smart hairan ayahnya masih mahu membelek surat khabar itu sedangkan surat khabar itu dalam bahasa Perancis. Agaknya ayah Terlalu bosan.

"Kamu pergi baik-baik. Jangan berlama di sana," kata Encik Hassan apabila melihat Mat Smart sudah mula bangun dan hendak bergerak ke arah belakang koc. Koc mereka merupakan koc kedua. Koc pertama merupakan koc kelas pertama manakala di hadapan sekali ialah tempat pemandu.

"Ya, saya faham," balas Mat Smart ringkas. Sebelum pergi dia sempat merenung Minah Spek dan Sang Lahap yang masih enak dibuai mimpi. Dia serba-salah sama ada hendak mengejutkan mereka ataupun tidak. Akhirnya dia mengambil

keputusan untuk pergi seorang diri. Encik Hassan memandang sahaja kelakuan anaknya itu. Dia menoleh ke belakang dan melihat sahaja anaknya berjalan di lorong tengah sehingga ke hujung koc. Dia yakin anaknya tahu menjaga dirinya.

Mat Smart sudah memasuki koc keempat sekarang. Koc ini agak sesak. Dia melihat ada beberapa orang orang tua di situ. Mungkin mereka pelancong. Mat Smart meneruskan perjalanannya ke arah kafetaria kereta api itu kerana dia hendak menikmati jus oren. Dia hendak bandingkan sama ada jus oren di situ sama rasanya ataupun tidak berbanding di negaranya. Dia pernah mendengar cerita pak ciknya bahawa jus oren di luar negara lebih enak rasanya berbanding di negaranya.

"Alamak, bagaimana nak 'order' air' oren di sini semua orang bercakap bahasa Perancis," fikir Mat Smart apabila sampai ke kafetaria TGV itu. Dalam kesibukan dia mencari jalan untuk memesan jus oren, tiba-tiba bahunya dilanggar orang. Mat Smart tertolak ke tepi koc. Nasib baik mukanya tidak terkena dinding koc itu. Kalau tidak mungkin dahinya boleh

berdarah. " Excusez-moi! (Maafkan saya)," ringkas sahaja jawapan orang Yang melanggarnya itu. Orang Perancis itu agak besar badannya. Enam kaki lebih tingginya Dadanya agak bidang. Kalau hendak dibandingkan dengan Mat Smart, umpama gergasi dengan manusia. Pakaian orang itu agak kemas. Dia berkot dan berkemeja biru serta bertali leher. Orang itu menggalas sesuatu di belakangnya. Itu bukan beg biasa. Benda itu bulat dan panjang seolah-olah seperti senjata "Bazooka" yang digunakan oleh tentera untuk memusnahkan kereta kebal. Mat Smart mengenali senjata itu kerana pernah melihatnya dalam sebuah filem perang dahulu.

"Ini mesti ahli perniagaan tetapi kenapa dia tak bawa beg kulit biasa," fikir

Mat Smart sambil menunduk. Dia tidak tahu hendak berkata sesuatu kerana dia sendiri tidak tahu berbahasa Perancis. Kemalangan itu berpunca daripada dirinya yang tidak memberi perhatian kepada orang di sekelilingnya kerana asyik memikirkan cara untuk membuat pesanan jus oren. Akibatnya dia tidak sedar ada orang yang sedang berjalan menuju ke arahnya sehingga

terlanggar. "Ah, mungkin ada hal penting

agaknya," bisik Mat Smart seolah-olah cuba menenteramkan dirinya. Dia dan sahabatnya datang ke Paris adalah untuk bercuti dan bukannya terlibat dalam sebarang kejadian yang tidak sepatutnya. Percutian mereka bertiga ke Paris itu terlaksana ekoran kejayaan mereka menangkap seorang penjenayah yang amat dikehendaki polis di Kuala Lumpur dahulu. Wang ganjaran sebanyak RM20 ribu itulah yang membawa mereka ke Paris.

Orang yang melanggar Mat Smart. semakin hilang di hujung kOC koc iTu. Pandangan Mat Smart mula beralih ke luar tingkap. Banyak padang ragut kelihatan Terdapat beberapa ekor lembu yang sedang sibuk meragut rumput di situ. Kemudian, Mat Smart memandang ke atas untuk menikmati kehangatan cahaya matahari. Dia berasa hampa kerana kehangatan cahaya itu tidak seberapa kalau dibandingkan dengan kehangatan di Kuala Lumpur.

Comments

Popular posting

SIRI NOVEL KANAK KANAK